Berita Berita
Tiada lagi 'flat rate', pindaan Akta Sewa Beli 2026 berkuat kuasa 1 Jun- Armizan
KOTA KINABALU – Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 yang menekankan prinsip keadilan kredit pengguna serta pemodenan dalam perjanjian sewa beli akan berkuat kuasa mulai 1 Jun depan, iaitu empat bulan selepas diwartakan pada 30 Januari lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tempoh peralihan boleh diberikan kepada penyedia sewa beli yang memerlukan masa untuk menyesuaikan sistem, dokumentasi dan proses agar selaras dengan keperluan baharu.
“…penyedia yang telah bersedia boleh mula menawarkan perjanjian sewa beli mengikut pindaan baharu sebaik sahaja tarikh kuat kuasa bermula pada 1 Jun 2026,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Hari Pengguna Kebangsaan 2026 di sini semalam yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Armizan berkata, antara perubahan utama dalam pindaan itu ialah pemansuhan penggunaan Kadar Faedah Tetap Sama Rata (flat rate) serta kaedah Peraturan 78 (rule of 78).
Menurutnya, di bawah kaedah berkenaan, sebahagian besar bayaran ansuran pada peringkat awal tempoh pinjaman digunakan untuk membayar faedah manakala hanya sebahagian kecil diperuntukkan kepada bayaran prinsipal.
“Keadaan ini menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal terpaksa menanggung baki pinjaman yang tinggi dan tidak mencerminkan kos sebenar pinjaman,” katanya.
Tambah beliau, pindaan itu juga menyokong transformasi digital dengan membenarkan penggunaan teknologi dalam perjanjian sewa beli termasuk penggunaan tandatangan serta penyerahan dokumen secara digital dan elektronik bagi meningkatkan kecekapan serta keberkesanan proses perjanjian.
Armizan berkata, pindaan Akta Sewa Beli itu merupakan antara fokus agenda gerakan kepenggunaan pada 2026 yang memberi penekanan kepada reformasi undang-undang berkaitan hak dan kepentingan pengguna.
Katanya, antara usaha yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu ialah memperkukuh kerangka perundangan berkaitan ekosistem kredit pengguna termasuk penggubalan Akta Kredit Pengguna 2025 (Akta 873).
“Akta 873 yang berada di bawah kawal selia Kementerian Kewangan diluluskan di Dewan Rakyat pada 21 Julai 2025 dan Dewan Negara pada 4 September 2025 sebelum berkuat kuasa pada 1 Mac 2026,” katanya.
Beliau berkata reformasi undang-undang tersebut menunjukkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan ekosistem kredit yang lebih telus dan berintegriti, selain meningkatkan tadbir urus industri serta melindungi hak dan kepentingan rakyat sebagai pengguna di seluruh negara.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 5:53 pm
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala guna motosikal hingga cedera
March 17, 2026, 4:54 pm
Lelaki ‘naik minyak’ tetak rakan sekerja selepas ditegur nasi belum masak
March 17, 2026, 4:18 pm
Anwar gesa pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera
March 17, 2026, 4:12 pm
Cadangan WFH penjawat awam tidak libat sektor pendidikan, kesihatan buat masa ini
March 17, 2026, 3:54 pm
Malaysia sambut baik Intel mula operasi kompleks pembungkusan termaju
March 17, 2026, 3:43 pm
Anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun kes amang seksual anak
March 17, 2026, 3:22 pm
Zamri Vinoth dibebas dengan ikat jamin RM4,500
March 17, 2026, 3:19 pm
DBKL bakal lancar portal digital baharu, percepat kelulusan perniagaan tanpa kerenah birokrasi
March 17, 2026, 3:13 pm
