Berita Berita
Gayong 2 angkat perjuangan Meor Abdul Rahman ke medan lebih gelap
KUALA LUMPUR 16 Mac – Kisah perjuangan pengasas Silat Gayong, Allahyarham Meor Abdul Rahman diteruskan menerusi Gayong 2 yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 April ini.
Filem terbitan SOL Pictures Sdn. Bhd. itu membawa skala penceritaan lebih besar dengan konflik emosi lebih mendalam berbanding filem pertama yang ditayangkan tahun lalu.
Penerbit eksekutif, Khairul Anuar Latip berkata, filem berkenaan menampilkan fasa kehidupan lebih mencabar tokoh berkenaan yang bukan sahaja dikenali sebagai pendekar, malah pernah berkhidmat sebagai pegawai CID dalam pasukan polis di bawah pentadbiran British selepas World War II di Singapore.
Menurutnya, filem itu masih berpaksikan kisah sebenar kehidupan Meor Abdul Rahman terutama nilai, prinsip dan pilihan hidup beliau, namun dipersembahkan dalam bentuk dramatik dan sinematik.
“Ia bukan dokumentari, tetapi sebuah karya yang mengangkat konflik kuasa dan tekanan emosi yang wujud dalam dunia sebenar ketika itu,” katanya.
Berlatarbelakangkan suasana Tanah Melayu pascaperang, filem itu menyelami dilema moral seorang lelaki yang berpegang kepada prinsip ketika berdepan jenayah kongsi gelap, rasuah serta penyalahgunaan kuasa.
Filem arahan Faisal Ishak itu mengekalkan Beto Kusyairy sebagai watak utama Meor bersama Nabila Huda dan Syafie Naswip.
Turut membintangi filem tersebut ialah Fauzie Laily, Bobby Tonelli, Rabbit Chen, Hanna Aqeela dan Ayez Shaukat.
Menariknya, filem itu turut menampilkan kemunculan sulung Sandra Lim dalam naskhah epik Melayu.
Khairul berkata, perjalanan hidup Meor Abdul Rahman tidak seharusnya terhenti setakat sejarah kelahiran seorang guru silat kerana terdapat fasa perjuangan yang lebih kompleks untuk diketengahkan.
Sementara itu, Faisal menyifatkan Gayong 2 sebagai kesinambungan warisan dan tanggungjawab yang membawa isu rasuah, gangsterisme serta penyalahgunaan kuasa.
Katanya, filem berkenaan bukan sekadar aksi, sebaliknya mengangkat persoalan identiti, maruah dan harga yang perlu dibayar untuk mempertahankan prinsip hidup.
Penggambaran filem itu dijalankan sepenuhnya antara November hingga Disember 2024 dengan keseluruhan lokasi penggambaran di Ipoh.
Faisal berharap penonton bukan sahaja terhibur, malah pulang dengan rasa bangga terhadap warisan budaya tempatan serta lebih menghargai nilai keluarga dan pilihan hidup.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 5:53 pm
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala guna motosikal hingga cedera
March 17, 2026, 4:54 pm
Lelaki ‘naik minyak’ tetak rakan sekerja selepas ditegur nasi belum masak
March 17, 2026, 4:18 pm
Anwar gesa pintu Masjid Al-Aqsa dibuka segera
March 17, 2026, 4:12 pm
Cadangan WFH penjawat awam tidak libat sektor pendidikan, kesihatan buat masa ini
March 17, 2026, 3:54 pm
Malaysia sambut baik Intel mula operasi kompleks pembungkusan termaju
March 17, 2026, 3:43 pm
Anggota tentera wanita dipenjara tujuh tahun kes amang seksual anak
March 17, 2026, 3:22 pm
Zamri Vinoth dibebas dengan ikat jamin RM4,500
March 17, 2026, 3:19 pm
DBKL bakal lancar portal digital baharu, percepat kelulusan perniagaan tanpa kerenah birokrasi
March 17, 2026, 3:13 pm
