TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ramaja 19 tahun ditemui maut dalam longkang dengan kesan mulut berdarah di Menglembu

By
|
Kongsi
image

 

IPOH 16 Mac – Seorang lelaki berusia 19 tahun ditemui maut dalam longkang berhampiran sebuah padang di Jalan Menglembu Impiana 12, Taman Menglembu Impiana Adril di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.45 pagi.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang dengan kesan darah pada bahagian mulut.

"Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah," katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian mangsa adalah akibat kecederaan pada kepala disebabkan jatuh dari tempat tinggi.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan siasatan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

+ - reset