TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Suspek samun kedai emas maut dipercayai ditembak pengawal keselamatan di Petaling Jaya

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang lelaki yang bersenjata objek tajam maut selepas ditembak ketika cuba menyamun sebuah kedai emas di Petaling Jaya pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, suspek yang dipercayai menaiki sebuah motosikal dilaporkan datang ke kedai emas berkenaan sejurus premis tersebut dibuka dan ketika itu tiada pelanggan di dalam kedai.

Suspek kemudian dipercayai bergelut dengan seorang pengawal keselamatan sebelum seorang lagi pengawal keselamatan yang menyedari rakannya dicederakan melepaskan dua das tembakan ke arah suspek.

Lelaki terbabit yang cedera parah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Tiada sebarang kehilangan barang kemas direkodkan dalam kejadian tersebut.

Setakat ini, pihak Polis Diraja Malaysia melalui Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Sebarang perkembangan lanjut mengenai kes berkenaan dijangka dimaklumkan dalam masa terdekat.

+ - reset