Berita Berita
Pemandu pikap rentung dalam nahas dengan treler di Lebuh Raya Utara-Selatan
JASIN 17 Mac – Seorang pemandu pikap rentung selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 193.8 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemukan tersepit dan rentung selepas api berjaya dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.
Pegawai Perhubungan Awam JBPM Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.15 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah lori treler terbakar kira-kira 50 peratus manakala pacuan empat roda terbabit musnah sekitar 80 peratus dalam kebakaran itu.
“Pemandu pacuan empat roda berkenaan didapati tersepit di dalam kenderaan tersebut manakala pemandu lori treler berjaya keluar dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan seramai 20 anggota bomba dengan beberapa jentera dari BBP Ayer Keroh dan BBP Jasin Bestari.
“Selepas api berjaya dikawal, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang rentung sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Pemandu lori treler berusia 54 tahun tidak mengalami kecederaan dan operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 4.41 pagi sebelum ditamatkan kira-kira 12 minit kemudian,” katanya.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 11:51 am
Mahendra didakwa tohmah masjid sebagai haram di Facebook
March 17, 2026, 11:18 am
Zamri Vinoth didakwa muat naik kenyataan cetus kegentaran awam di Facebook
March 17, 2026, 10:12 am
Turunkan gred kelas penerbangan menteri, pegawai kerajaan untuk lebih jimat - Lee Lam Thye
March 17, 2026, 9:38 am
Dasar harga lantai e-hailing dipersoal, pemandu berdepan risiko eksploitasi
March 17, 2026, 9:29 am
Program Tekad perkasa suara pelajar, rapatkan jurang pendidikan
March 17, 2026, 9:14 am
Penyalahgunaan lorong kecemasan meningkat, JPJ perketat pemantauan sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 8:57 am
Empat individu termasuk Zamri Vinoth didakwa hari ini
March 17, 2026, 8:41 am
Penduduk Selangor solat sunat Aidilfitri 8 pagi jika Jumaat, 8.30 pagi jika Sabtu
March 16, 2026, 11:23 pm
