Berita Berita
Program Tekad perkasa suara pelajar, rapatkan jurang pendidikan
KUALA LUMPUR, 17 Mac - Program Tekad di bawah Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 diperkenalkan bagi memberi ruang kepada suara pelajar di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, selain menangani jurang pendidikan dalam kalangan masyarakat.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelan tersebut memberi penekanan terhadap isu ketidaksamarataan termasuk akses teknologi dan peluang pembelajaran yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada generasi masa depan.
Menurutnya, jurang dari aspek teknologi perlu ditangani secara serius agar pelajar mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi libat urus pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia bersama pengamal media sempena Ramadan di sini, hari ini.
Dalam masa sama, beliau menegaskan penguasaan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak boleh dikompromi walaupun pembelajaran bahasa lain terus digalakkan.
Katanya, Bahasa Melayu kekal sebagai asas penting dalam pembinaan negara bangsa.
Fadhlina turut menjelaskan bahawa pelaksanaan RPM tidak mengabaikan murid berkeperluan khas termasuk kanak-kanak autisme, sebaliknya memastikan tiada pelajar tercicir daripada sistem pendidikan.
Menurutnya, ibu bapa juga perlu dibekalkan maklumat tepat bagi membantu memahami serta mengurus keperluan anak masing-masing dengan lebih berkesan.
Beliau berkata, nisbah ideal pendidikan khas ialah seorang guru bagi tujuh pelajar, namun situasi semasa menunjukkan jumlah pelajar sering melebihi kapasiti tersebut.
Sehubungan itu, kementerian merancang pelbagai langkah termasuk penggunaan teknologi, penambahan bilik darjah serta peningkatan jumlah guru.
Dalam aspek latihan, institusi pendidikan guru akan diperkukuh lebih awal bagi menyesuaikan pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Selain itu, inisiatif guru Munshi Bahasa diperkenalkan untuk meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar.
Fadhlina turut memaklumkan lima Sekolah Berasrama Penuh dipilih bagi melaksanakan projek perintis bersama Huawei, dengan sokongan teknologi oleh syarikat itu dan aspek pedagogi oleh Multimedia University.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata pendidikan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia akan menjadi antara fokus utama bagi meningkatkan pencapaian pelajar di bawah RPM.
Katanya, sasaran komposisi pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik pada nisbah 60:40 masih belum dicapai apabila kadar semasa sekitar 52 peratus.
Tambah beliau, hanya kira-kira 13 peratus pelajar memilih aliran sains tulen berikutan persepsi bahawa bidang tersebut sukar serta kurang peluang.
Justeru, kerajaan memberi perhatian kepada aspek gaji dan laluan kerjaya bagi menarik lebih ramai pelajar menceburi bidang berkenaan, selain memperkukuh penguasaan STEM termasuk dalam kalangan pelajar sekolah agama.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 11:51 am
Mahendra didakwa tohmah masjid sebagai haram di Facebook
March 17, 2026, 11:18 am
Zamri Vinoth didakwa muat naik kenyataan cetus kegentaran awam di Facebook
March 17, 2026, 10:12 am
Turunkan gred kelas penerbangan menteri, pegawai kerajaan untuk lebih jimat - Lee Lam Thye
March 17, 2026, 9:38 am
Dasar harga lantai e-hailing dipersoal, pemandu berdepan risiko eksploitasi
March 17, 2026, 9:14 am
Penyalahgunaan lorong kecemasan meningkat, JPJ perketat pemantauan sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 8:57 am
Empat individu termasuk Zamri Vinoth didakwa hari ini
March 17, 2026, 8:41 am
Penduduk Selangor solat sunat Aidilfitri 8 pagi jika Jumaat, 8.30 pagi jika Sabtu
March 17, 2026, 8:39 am
Pemandu pikap rentung dalam nahas dengan treler di Lebuh Raya Utara-Selatan
March 16, 2026, 11:23 pm
