Berita Berita
Empat individu termasuk Zamri Vinoth didakwa hari ini
KUALA LUMPUR 17 Mac – Empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth akan didakwa di mahkamah hari ini atas kenyataan dan tindakan yang didakwa mencetuskan provokasi berkaitan agama serta perkauman.
Menurut laporan Bernama, Zamri akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung perhimpunan yang dirancang di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara pada 7 Februari lalu.
Semakan sistem mahkamah menunjukkan pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan kira-kira pukul 9 pagi.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang mewakili Zamri turut mengesahkan perkara tersebut.
Sementara itu, tiga lagi individu yang didakwa berkaitan kes provokasi agama juga akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Aktivis Tamim Dahri dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Majistret Langkawi, manakala Arun Dorasamy di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang dan Mahendra Boopathy di Mahkamah Majistret Seremban.
Media sebelum ini melaporkan siasatan terhadap Zamri berhubung kenyataannya ketika perhimpunan pada 7 Februari lalu telah dirujuk kepada Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC).
AGC kemudiannya mengeluarkan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.
Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan keempat-empat individu tersebut akan didakwa di mahkamah hari ini.
Tamim Dahri pula akan dituduh mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci bagi penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi, Kedah.
Mahendra pula akan didakwa atas kesalahan membuat hantaran berniat jahat terhadap Masjid Jamek Dato Bandar Haji Ahmad Shah di Rasah, Seremban yang didakwa sebagai masjid haram.
Siasatan terhadap Arun Dorasamy pula dibuat berhubung kenyataannya yang mengajak Persatuan Hindu Agama Ani Malaysia mengadakan protes jalanan sekiranya tiada tindakan diambil terhadap Zamri.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 11:51 am
Mahendra didakwa tohmah masjid sebagai haram di Facebook
March 17, 2026, 11:18 am
Zamri Vinoth didakwa muat naik kenyataan cetus kegentaran awam di Facebook
March 17, 2026, 10:12 am
Turunkan gred kelas penerbangan menteri, pegawai kerajaan untuk lebih jimat - Lee Lam Thye
March 17, 2026, 9:38 am
Dasar harga lantai e-hailing dipersoal, pemandu berdepan risiko eksploitasi
March 17, 2026, 9:29 am
Program Tekad perkasa suara pelajar, rapatkan jurang pendidikan
March 17, 2026, 9:14 am
Penyalahgunaan lorong kecemasan meningkat, JPJ perketat pemantauan sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 8:41 am
Penduduk Selangor solat sunat Aidilfitri 8 pagi jika Jumaat, 8.30 pagi jika Sabtu
March 17, 2026, 8:39 am
Pemandu pikap rentung dalam nahas dengan treler di Lebuh Raya Utara-Selatan
March 16, 2026, 11:23 pm
