Berita Berita
Dasar harga lantai e-hailing dipersoal, pemandu berdepan risiko eksploitasi
KUALA LUMPUR, 17 Mac - Keengganan pihak berkuasa memperkenalkan dasar harga lantai bagi perkhidmatan e-hailing didakwa membuka ruang kepada berlakunya eksploitasi terhadap pemandu.
Sahabat E-hailing Malaysia (SEM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan situasi itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap kebajikan pemandu yang terus berdepan tekanan.
Menurut SEM, berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, kuasa menentukan kadar tambang diserahkan sepenuhnya kepada syarikat penyedia perkhidmatan.
Katanya, keadaan itu menyebabkan pemandu berisiko menerima bayaran tidak munasabah, manakala pengguna pula berdepan struktur harga yang kurang telus serta mudah dimanipulasi.
SEM turut membangkitkan persoalan berhubung pendirian Kementerian Pengangkutan Malaysia yang tidak memperkenalkan kawalan tambang, serta sama ada perkara itu turut dipersetujui oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Menurut kenyataan itu, dasar berkaitan kepentingan awam sepatutnya dibawa untuk pertimbangan serta kelulusan Jemaah Menteri selaras dengan garis panduan pentadbiran sedia ada.
“Persoalannya, adakah pendekatan tidak mengawal tambang e-hailing ini telah mendapat persetujuan penuh Jemaah Menteri walaupun memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.
SEM menegaskan, tanpa kawalan harga, pemandu terpaksa bekerja lebih lama tanpa rehat mencukupi bagi menampung pendapatan, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan serta kos insurans yang lebih tinggi.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 11:51 am
Mahendra didakwa tohmah masjid sebagai haram di Facebook
March 17, 2026, 11:18 am
Zamri Vinoth didakwa muat naik kenyataan cetus kegentaran awam di Facebook
March 17, 2026, 10:12 am
Turunkan gred kelas penerbangan menteri, pegawai kerajaan untuk lebih jimat - Lee Lam Thye
March 17, 2026, 9:29 am
Program Tekad perkasa suara pelajar, rapatkan jurang pendidikan
March 17, 2026, 9:14 am
Penyalahgunaan lorong kecemasan meningkat, JPJ perketat pemantauan sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 8:57 am
Empat individu termasuk Zamri Vinoth didakwa hari ini
March 17, 2026, 8:41 am
Penduduk Selangor solat sunat Aidilfitri 8 pagi jika Jumaat, 8.30 pagi jika Sabtu
March 17, 2026, 8:39 am
Pemandu pikap rentung dalam nahas dengan treler di Lebuh Raya Utara-Selatan
March 16, 2026, 11:23 pm
