Berita Berita
Penduduk Selangor solat sunat Aidilfitri 8 pagi jika Jumaat, 8.30 pagi jika Sabtu
KUALA LUMPUR 17 Mac – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan dua waktu berbeza bagi pelaksanaan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di seluruh masjid, surau dan musolla di negeri ini bergantung kepada tarikh sambutan tahun ini.
Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata ketetapan itu dibuat susulan jangkaan cerapan anak bulan Syawal yang dijadualkan pada petang Khamis ini.
Menurut beliau, sekiranya Aidilfitri disambut pada Jumaat, solat sunat Aidilfitri akan dilaksanakan pada pukul 8 pagi.
Namun katanya, solat sunat Aidilfitri ditetapkan pada pukul 8.30 pagi sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu.
“Pentadbir masjid, surau dan musolla dimohon membuat persediaan sewajarnya serta menghebahkan ketetapan ini kepada ahli kariah masing-masing bagi memastikan kehadiran jemaah pada waktu yang ditetapkan,” katanya menerusi satu surat rasmi JAIS.
Dalam masa sama, semua pentadbir turut diingatkan supaya mematuhi ketetapan berkaitan penggunaan pembesar suara sebagaimana yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor sebelum ini.
Berita berkaitan
March 17, 2026, 11:51 am
Mahendra didakwa tohmah masjid sebagai haram di Facebook
March 17, 2026, 11:18 am
Zamri Vinoth didakwa muat naik kenyataan cetus kegentaran awam di Facebook
March 17, 2026, 10:12 am
Turunkan gred kelas penerbangan menteri, pegawai kerajaan untuk lebih jimat - Lee Lam Thye
March 17, 2026, 9:38 am
Dasar harga lantai e-hailing dipersoal, pemandu berdepan risiko eksploitasi
March 17, 2026, 9:29 am
Program Tekad perkasa suara pelajar, rapatkan jurang pendidikan
March 17, 2026, 9:14 am
Penyalahgunaan lorong kecemasan meningkat, JPJ perketat pemantauan sempena Aidilfitri
March 17, 2026, 8:57 am
Empat individu termasuk Zamri Vinoth didakwa hari ini
March 17, 2026, 8:39 am
Pemandu pikap rentung dalam nahas dengan treler di Lebuh Raya Utara-Selatan
March 16, 2026, 11:23 pm
