TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Budak empat tahun meraung putus jari akibat mercun

By
|
Kongsi
image

SUNGAI PETANI 16 Mac - Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun putus beberapa jari, selain cedera pada tapak tangan kiri akibat letupan mercun semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari di Kampung Tempoyak, dekat Merbok.

Sewaktu kejadian, mangsa dipercayai bersama dua lagi kanak-kanak berusia sembilan dan dua tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, mengesahkan kejadian itu susulan laporan diterima di Balai Polis Tanjung Dawai jam 2.15 petang semalam.

“Maklumat awal kejadian disedari jiran selepas mendengar letupan mercun disusuli tangisan kanak-kanak itu.Mangsa kemudian dibawa ahli keluarga ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jenis mercun digunakan masih disiasat.

+ - reset