Berita Berita
Trafik ke Pantai Timur perlahan, perantau mula pulang beraya
KUALA LUMPUR 18 Mac – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur–Karak dilaporkan bergerak perlahan dari arah Gombak menuju Genting Sempah susulan peningkatan jumlah kenderaan sempena pergerakan pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup Lembaga Lebuh Raya Malaysia, trafik masih lancar di Plaza Tol Gombak namun mula perlahan sebaik memasuki kawasan Genting Sempah.
Keadaan sama dilaporkan di Bentong dengan pengguna lebuh raya dijangka berdepan kelewatan sehingga 40 minit untuk tiba ke destinasi masing-masing.
Sementara itu, di Lingkaran Tengah Utama, kesesakan teruk sepanjang 17 kilometer dilaporkan dari Kampung Merhamah ke Gua Musang berikutan kemalangan berhampiran Lepan Jaya.
Di Lebuh Raya Utara–Selatan arah utara pula, trafik masih lancar walaupun hujan lebat dilaporkan di beberapa kawasan termasuk Tapah dan Bidor.
Aliran trafik ke arah selatan lebuh raya sama juga dilaporkan lancar, meskipun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di beberapa lokasi seperti Nilai Utara, Seremban dan Tangkak.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 12:42 am
Anak bulan tidak kelihatan, Arab Saudi sambut Aidilfitri Jumaat ini
March 18, 2026, 9:26 pm
Tunai janji, Ramanan salur hampir RM800,000 daripada elaun, gaji bantu komuniti Sungai Buloh
March 18, 2026, 5:44 pm
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh ke Thailand
March 18, 2026, 2:26 pm
Pemimpin DAP tak setuju tindakan Kulasegaran temui Arun Dorasamy di mahkamah
March 18, 2026, 1:33 pm
Polis sahkan bayi maut di taska akibat lemas, siasatan lanjut diteruskan
March 18, 2026, 1:11 pm
UMNO Negeri Sembilan belum terima permohonan Rais untuk kembali ke parti
March 18, 2026, 1:09 pm
