TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

TH umum agihan keuntungan 3.5 peratus, tertinggi dalam lapan tahun

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 18 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.50 peratus bagi tahun kewangan 2025, kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun.

Agihan itu melibatkan jumlah keseluruhan RM3.22 bilion yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 9.7 juta pendeposit di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, kadar tersebut dicapai selepas mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.577 peratus atau RM95.3 juta.

“Agihan ini lebih tinggi berbanding 3.25 peratus bagi 2024, sekali gus mencerminkan prestasi kewangan yang lebih baik,” katanya pada majlis pengumuman agihan keuntungan TH 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad.

+ - reset