Berita Berita
Pemimpin DAP tak setuju tindakan Kulasegaran temui Arun Dorasamy di mahkamah
KUALA LUMPUR 18 Mac – Beberapa pemimpin DAP menyuarakan ketidaksetujuan terhadap tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, yang bertemu seorang aktivis di Kompleks Mahkamah Jawi, Pulau Pinang, semalam.
Pandangan itu dinyatakan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali, Young Syefura Othman dan Syahredzan Johan, bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid menerusi satu kenyataan bersama.
Menurut mereka, tindakan Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat itu mencetuskan polemik awam khususnya berkaitan integriti sistem perundangan negara.
“Kami sama sekali tidak bersetuju dengan kehadiran beliau bertemu Arun Dorasamy ketika aktivis terbabit sedang berdepan pertuduhan di mahkamah, lebih-lebih lagi dalam kapasiti sebagai Timbalan Menteri Kerajaan MADANI.
“Kedudukan beliau menuntut tahap kepekaan lebih tinggi terhadap persepsi awam, terutama berkaitan prinsip keadilan yang bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi juga perlu dilihat dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.
Semalam, Kulasegaran menjelaskan beliau hanya singgah sebentar di mahkamah untuk bertemu Arun, bukan di dalam bilik prosiding, bagi memberi sokongan moral dan menasihatkan supaya mempercayai proses undang-undang.
Arun, atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy, 56, didakwa di Mahkamah Majistret Jawi atas tuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam menerusi satu video dimuat naik di akaun Instagram miliknya di sebuah premis di Batu Kawan, Pulau Pinang, pada 12 Mac 2025.
Dalam pada itu, keempat-empat pemimpin berkenaan menegaskan DAP tidak pernah membuat sebarang keputusan rasmi untuk menyokong atau memihak kepada kes melibatkan Arun.
Mereka turut menekankan kepentingan mempertahankan prinsip keadilan, termasuk konsep ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya’, selain menghormati proses undang-undang dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan persepsi campur tangan.
Berita berkaitan
March 18, 2026, 1:33 pm
Polis sahkan bayi maut di taska akibat lemas, siasatan lanjut diteruskan
March 18, 2026, 1:11 pm
UMNO Negeri Sembilan belum terima permohonan Rais untuk kembali ke parti
March 18, 2026, 1:09 pm
TH umum agihan keuntungan 3.5 peratus, tertinggi dalam lapan tahun
March 18, 2026, 12:24 pm
'Jangan terlalu banyak syarat' - KJ gesa dasar mesra perniagaan, kerajaan perlu jadi pemudah cara
March 18, 2026, 11:26 am
Mahkamah tolak saman Waytha Moorthy terhadap Anwar
March 18, 2026, 11:12 am
'Saya dah tak mampu' - Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan orang ramai tampung kos guaman Mahkamah Tinggi
March 18, 2026, 11:02 am
Lima sekeluarga cedera kereta terbabas masuk longkang
March 18, 2026, 10:34 am
