TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tunai janji, Ramanan salur hampir RM800,000 daripada elaun, gaji bantu komuniti Sungai Buloh

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 18 Mac – Hampir RM800,000 telah disalurkan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif komuniti di kawasan Parlimen Sungai Buloh sejak 2023, kata Ahli Parlimennya, R Ramanan.

Ramanan yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, jumlah itu merupakan sumbangan daripada gaji dan elaunnya bagi membantu golongan memerlukan serta menyokong institusi komuniti tanpa mengira kaum dan agama.

Menurut kenyataan itu, bagi tahun ini sahaja sebanyak RM65,200 telah diagihkan termasuk kepada masjid, surau, tokong, kuil dan gereja selain infaq Jumaat serta program sepanjang Ramadan.

Selain itu, sebanyak 10,000 agihan bubur lambuk dilaksanakan di seluruh kawasan Parlimen berkenaan tahun ini, yang memasuki tahun keempat penganjurannya.

Sempena Hari Raya Aidilfitri, sebanyak 3,350 bakul makanan turut diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup.

Kenyataan itu turut memaklumkan pelaksanaan program Ihya’ Ramadan melalui Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dengan kerjasama agensi kerajaan, melibatkan peruntukan sebanyak RM80,350.

“Ini bukan soal jumlah, tetapi soal tanggungjawab. Apa yang dijanjikan sebelum ini perlu diterjemahkan melalui tindakan yang konsisten,” katanya.

+ - reset