Berita Berita
Buruh warga Indonesia ada masalah pendengaran didakwa sebabkan kematian pelajar kolej terkena sabit berhulu panjang
TELUK INTAN 18 Mac – Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan menunggang motosikal secara berbahaya termasuk sehingga menyebabkan kematian seorang remaja, minggu lalu.
Tertuduh, Sutiyono, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman, namun pengakuan tidak direkodkan kerana dia mempunyai masalah pendengaran.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menunggang motosikal secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Adham Faisal, 18, di Lorong Haji Abdul Rashid, Kampung Selabak, kira-kira jam 8.10 pagi bulan lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menunggang motosikal secara berbahaya hingga menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Mu'ammar Ismail, 17, pada tarikh, masa dan lokasi sama, mengikut Seksyen 42(1) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Darwis Aghniya Halim Azizi manakala tertuduh diwakili peguam pro bono, Francis Sinnappan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan dua penjamin warga Malaysia termasuk majikannya.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi melantik jurubahasa bahasa isyarat dan jurubahasa Indonesia memandangkan tertuduh mempunyai masalah pendengaran.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen serta laporan bedah siasat.
Berita berkaitan
March 18, 2026, 2:26 pm
Pemimpin DAP tak setuju tindakan Kulasegaran temui Arun Dorasamy di mahkamah
March 18, 2026, 1:33 pm
Polis sahkan bayi maut di taska akibat lemas, siasatan lanjut diteruskan
March 18, 2026, 1:11 pm
UMNO Negeri Sembilan belum terima permohonan Rais untuk kembali ke parti
March 18, 2026, 1:09 pm
TH umum agihan keuntungan 3.5 peratus, tertinggi dalam lapan tahun
March 18, 2026, 12:24 pm
'Jangan terlalu banyak syarat' - KJ gesa dasar mesra perniagaan, kerajaan perlu jadi pemudah cara
March 18, 2026, 11:26 am
Mahkamah tolak saman Waytha Moorthy terhadap Anwar
March 18, 2026, 11:12 am
'Saya dah tak mampu' - Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan orang ramai tampung kos guaman Mahkamah Tinggi
March 18, 2026, 11:02 am
Lima sekeluarga cedera kereta terbabas masuk longkang
March 18, 2026, 10:34 am
