Berita Berita
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh ke Thailand
KOTA BHARU 18 Mac – Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan ke Thailand berikutan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan petrol dan diesel di negara itu sejak dua hari lalu.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, nasihat itu terutama kepada mereka yang merancang berkunjung ke selatan Thailand sempena cuti panjang Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini.
Menurutnya, individu yang ingin memandu ke destinasi popular seperti Hat Yai dan Songkhla disaran menangguhkan perjalanan sekiranya tiada urusan penting.
“Jika tiada keperluan mendesak, sebaiknya tangguhkan perjalanan buat sementara waktu.
“Bagaimanapun, jika terpaksa juga ke sana, rakyat Malaysia perlu merancang perjalanan dengan teliti,” katanya.
Beliau berkata, setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia yang terkandas akibat situasi berkenaan.
Ahmad Fahmi menjelaskan keadaan itu bukan berpunca daripada kekurangan bekalan minyak, sebaliknya disebabkan pembelian panik dalam kalangan rakyat Thailand susulan krisis di Asia Barat.
Katanya, situasi tersebut menyebabkan banyak stesen minyak kehabisan bekalan selain kesesakan panjang di kebanyakan stesen, termasuk di selatan negara berkenaan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar mengelak perjalanan ke Thailand sehingga bekalan kembali stabil.
Menurutnya, pengusaha stesen minyak di negara itu turut mengehadkan pembelian kepada 500 baht bagi setiap transaksi untuk kenderaan dan 80 baht bagi motosikal.
Sementara itu, Presiden Persatuan Industri Pelancongan Halal Thai-ASEAN (TAHTA), Aida Oujeh berkata, kerajaan Thailand menjangkakan gangguan bekalan minyak akan berlanjutan kira-kira 10 hari bermula 16 Mac.
“Isu ini bukan saja menjejaskan rakyat Malaysia, malah turut memberi kesan kepada rakyat Thailand.
“Terdapat banyak stesen minyak yang ditutup sementara kerana kehabisan bekalan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia yang tetap ingin ke Thailand supaya mengisi penuh tangki kenderaan sebelum memasuki negara itu atau mendapatkan bekalan pada waktu pagi sebagai alternatif.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 12:42 am
Anak bulan tidak kelihatan, Arab Saudi sambut Aidilfitri Jumaat ini
March 18, 2026, 9:26 pm
Tunai janji, Ramanan salur hampir RM800,000 daripada elaun, gaji bantu komuniti Sungai Buloh
March 18, 2026, 4:52 pm
Trafik ke Pantai Timur perlahan, perantau mula pulang beraya
March 18, 2026, 2:26 pm
Pemimpin DAP tak setuju tindakan Kulasegaran temui Arun Dorasamy di mahkamah
March 18, 2026, 1:33 pm
Polis sahkan bayi maut di taska akibat lemas, siasatan lanjut diteruskan
March 18, 2026, 1:11 pm
UMNO Negeri Sembilan belum terima permohonan Rais untuk kembali ke parti
March 18, 2026, 1:09 pm
