Berita Berita
PENBUMI gesa subsidi diesel bersasar selamatkan industri pelancongan darat
KUALA LUMPUR 19 Mac – Persatuan Agensi Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang (PENBUMI) menggesa kerajaan mempertimbangkan pemberian subsidi diesel bersasar kepada pengusaha pelancongan darat susulan peningkatan mendadak harga bahan api yang menekan industri tersebut.
Pengerusi PENBUMI, Mahady Izady Maharazi berkata, kenaikan kos diesel memberi kesan besar kepada pengusaha bas persiaran dan van pelancongan, sekali gus menjejaskan operasi harian, harga pakej serta daya saing sektor pelancongan negara.
Sehubungan itu, persatuan berkenaan mencadangkan agar kerajaan, khususnya Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan, menyalurkan subsidi diesel kepada syarikat pelancongan berlesen yang mengendalikan bas dan van persiaran.
"Langkah berkenaan penting bagi memastikan kelangsungan operasi pengusaha, mengawal kenaikan harga pakej pelancongan, menyokong pemulihan sektor pelancongan serta mengekalkan daya saing Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
PENBUMI turut berpandangan bahawa sokongan kerajaan melalui pemberian subsidi bukan sahaja membantu pemain industri, malah memberi impak positif kepada ekonomi negara secara keseluruhan.
“Industri pelancongan darat kini tertekan di mana subsidi diesel adalah keperluan, bukan pilihan,” katanya, - Media Telus
Berita berkaitan
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
Polis guna saluran G2G siasat laporan Bloomberg libatkan Azam Baki
March 19, 2026, 1:23 pm
Polis nafi layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth, Arun Dorasamy
March 19, 2026, 1:06 pm
Tamim Dahri sedia pulang, letak syarat empat kuil dirobohkan
March 19, 2026, 12:52 pm
Sultan Selangor seru rakyat berjimat hadapi ketidaktentuan ekonomi global
March 19, 2026, 12:47 pm
Dua maut nahas dua kenderaan berhampiran Felcra Sungai Ara
March 19, 2026, 12:40 pm
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala dengan motosikal di Melaka
March 19, 2026, 12:39 pm
Pekerja taska berdepan hukuman mati didakwa bunuh bayi empat bulan di Seberang Jaya
March 19, 2026, 12:10 pm
