Berita Berita
Polis nafi layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth, Arun Dorasamy
KUALA LUMPUR 19 Mac – Polis Diraja Malaysia menafikan dakwaan berlaku layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy, sebaliknya tindakan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut kesalahan masing-masing.
Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, walaupun tangkapan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, terdapat kes yang turut melibatkan Akta Hasutan 1948.
“Kesalahan adalah berbeza-beza, ada yang boleh dijamin dan ada yang tidak boleh dijamin. Jadi tindakan diambil adalah berdasarkan undang-undang sedia ada.
“Mungkin orang awam melihat ia sebagai perkara berbeza, tetapi kita melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Selasa lalu, Zamri dan Arun antara tiga individu dihadapkan ke mahkamah di beberapa negeri atas pertuduhan membuat kenyataan yang didakwa menimbulkan kegentaran awam.
Zamri didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, manakala Arun di Mahkamah Majistret Jawi.
Seorang lagi tertuduh, P. Mahendra Bhoopaty didakwa di Mahkamah Majistret Seremban sebelum didenda RM4,000 atau penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah.
Dalam perkembangan sama, Mohd Khalid berkata PDRM menyokong penganjuran Program Harmoni MADANI melibatkan NGO Melayu dan India bagi mencari penyelesaian terhadap isu sensitif termasuk rumah ibadat.
Menurutnya, polis memantau rapat perkembangan isu berkaitan rumah ibadat kerana bimbang ia boleh mencetuskan ketegangan kaum.
“PDRM komited memastikan keamanan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” katanya.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
Polis guna saluran G2G siasat laporan Bloomberg libatkan Azam Baki
March 19, 2026, 1:06 pm
Tamim Dahri sedia pulang, letak syarat empat kuil dirobohkan
March 19, 2026, 12:54 pm
PENBUMI gesa subsidi diesel bersasar selamatkan industri pelancongan darat
March 19, 2026, 12:52 pm
Sultan Selangor seru rakyat berjimat hadapi ketidaktentuan ekonomi global
March 19, 2026, 12:47 pm
Dua maut nahas dua kenderaan berhampiran Felcra Sungai Ara
March 19, 2026, 12:40 pm
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala dengan motosikal di Melaka
March 19, 2026, 12:39 pm
Pekerja taska berdepan hukuman mati didakwa bunuh bayi empat bulan di Seberang Jaya
March 19, 2026, 12:10 pm
