Berita Berita
Dua maut nahas dua kenderaan berhampiran Felcra Sungai Ara
KOTA TINGGI, 19 Mac – Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran simpang Felcra Sungai Ara, di sini pagi tadi.
Komander Operasi, Azlan Hamzah berkata, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.57 pagi sebelum lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Nissan Sentra dan Proton Saga dengan keseluruhan enam mangsa terlibat.
“Terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dalam keadaan tersepit.
“Manakala tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa mengalami kecederaan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, operasi menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sehingga keadaan selamat.
Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
March 19, 2026, 2:17 pm
Krisis minyak global: Konflik AS-Iran cetus risiko defisit 10 juta tong sehari
March 19, 2026, 2:02 pm
Polis guna saluran G2G siasat laporan Bloomberg libatkan Azam Baki
March 19, 2026, 1:23 pm
Polis nafi layanan berbeza terhadap Zamri Vinoth, Arun Dorasamy
March 19, 2026, 1:06 pm
Tamim Dahri sedia pulang, letak syarat empat kuil dirobohkan
March 19, 2026, 12:54 pm
PENBUMI gesa subsidi diesel bersasar selamatkan industri pelancongan darat
March 19, 2026, 12:52 pm
Sultan Selangor seru rakyat berjimat hadapi ketidaktentuan ekonomi global
March 19, 2026, 12:40 pm
Polis buru lelaki belasah isteri, langgar kepala dengan motosikal di Melaka
March 19, 2026, 12:39 pm
Pekerja taska berdepan hukuman mati didakwa bunuh bayi empat bulan di Seberang Jaya
March 19, 2026, 12:10 pm
