TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tamim Dahri sedia pulang, letak syarat empat kuil dirobohkan

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 19 Mac – Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak dilaporkan bersedia pulang ke tanah air untuk menyerahkan diri kepada Polis Diraja Malaysia dalam masa terdekat dengan syarat empat kuil yang didakwa tidak sah dirobohkan.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran di akaun Threads tanah.malaya pada Khamis.

Menurut hantaran berkenaan, empat lokasi yang dinyatakan ialah kuil di Jalan Pandanmas, Kuil Hospital Bukit Mertajam, Kuil Sri Maha Mariamman Seafield dan kuil berhampiran Jakel.

“Kenapa empat lokasi ini? Yang itu, semua boleh fikir sendiri,” menurut hantaran tersebut.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Langkawi pada Selasa menangguhkan pertuduhan terhadap Tamim Dahri sehingga 15 Mei depan selepas tertuduh dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana didakwa merosakkan objek soolam, simbol suci penganut Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi.

Pada Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail mengesahkan empat individu termasuk Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan aktivis Arun Dorasamy akan didakwa berkaitan kes provokasi agama.

Dua lagi individu yang turut dinamakan ialah P. Mahendra Boopathy dan Tamim Dahri.

Dalam perkembangan berkaitan, wakil NGO Islam dan India sebelum ini mengadakan mesyuarat menerusi program Harmoni Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi mencari jalan damai berhubung isu melibatkan kedua-dua komuniti. 

+ - reset