TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ketua Polis Trafik KL dipuji bantu penunggang motosikal kemalangan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 22 Mac - Tindakan pantas seorang pegawai kanan polis trafik membantu mangsa kemalangan di Jalan Parlimen, di sini, meraih pujian warganet.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd dilaporkan sedang menjalankan rondaan Ops Selamat 26 ketika kejadian berlaku.

Beliau menyedari seorang penunggang motosikal hilang kawalan sebelum terjatuh di lokasi berkenaan.

Menurut laporan, beliau segera memberikan bantuan awal kepada mangsa serta memastikan keadaan di kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Polis Trafik Kuala Lumpur, mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Tindakan tersebut turut mendapat reaksi positif dalam kalangan pengguna media sosial yang memuji keprihatinan beliau turun padang menjalankan tugas sepanjang musim perayaan.

+ - reset