Berita Berita
Polis nafi dakwaan anggota dikepung mat rempit
KOTA BHARU, 22 Mac - Polis menafikan dakwaan tular kononnya seorang anggota dikenali sebagai Polis 42 dikepung sekumpulan mat rempit di sini, seperti yang tersebar di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut.
Menurutnya, semakan yang dibuat juga mendapati tiada aduan dikemukakan berhubung insiden berkenaan.
“Setakat ini tiada laporan diterima,” katanya.
Terdahulu, tular satu hantaran di platform Threads yang mendakwa seorang anggota polis dikepung sekumpulan mat rempit selepas dipercayai melanggar seorang penunggang sebelum bertindak mengunci individu terbabit.
Bagaimanapun, polis menegaskan dakwaan tersebut tidak dapat disahkan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
