Berita Berita
Lelaki tempatan bersama lelaki Pakistan ditahan disyaki lakukan perbuatan tidak bermoral dalam kereta
MERSING, 22 Mac – Kemuliaan Syawal dicemari dengan tindakan tidak bermoral apabila dua lelaki disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah kenderaan di kawasan terpencil di sini, semalam.
Kegiatan itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menjalankan operasi rondaan pencegahan maksiat kira-kira pukul 6 petang.
Menurut kenyataan JAINJ, operasi berkenaan melibatkan empat anggota penguat kuasa yang menaiki van sebelum menghampiri sebuah kereta yang mencurigakan dari arah belakang.
“Hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut dalam keadaan bergoyang dengan enjin dan penghawa dingin masih dihidupkan, namun cermin belakang gelap dan tidak menampakkan individu di dalam,” katanya.
Penguat kuasa kemudian bergerak ke bahagian hadapan kenderaan sebelum mendapati tiada individu di tempat duduk hadapan, sekali gus menimbulkan syak wasangka.
Pemeriksaan lanjut dilakukan di bahagian sisi kenderaan sebelum mereka menemui dua lelaki di bahagian belakang dalam keadaan mencurigakan.
Kes berkenaan kini dalam tindakan lanjut pihak berkuasa agama.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
