Berita Berita
Trafik sesak di lebuh raya susulan peningkatan kenderaan
KUALA LUMPUR 22 Mac – Trafik di lebuh raya utama dilaporkan sesak petang ini susulan peningkatan jumlah kenderaan serta beberapa kemalangan di beberapa lokasi.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kesesakan ketara berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara melibatkan laluan Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng hingga Simpang Pulai.
Selain itu, kesesakan turut berlaku di kedua-dua arah dari Ipoh Utara ke Kuala Kangsar serta dari Bertam ke Sungai Petani.
“Beberapa kemalangan yang dilaporkan turut menyumbang kepada kesesakan, antaranya di Plaza Tol Hutan Kampung dari arah Jitra dan Tanjung Malim ke Lembah Beringin,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, bagi laluan dari Pantai Timur, kesesakan berlaku dari Bentong ke Bukit Tinggi serta Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.
Tambah beliau, trafik ke selatan pula sesak di laluan Bandar Ainsdale ke Senawang serta Simpang Renggam ke Sedenak.
“Trafik turut sesak di beberapa lokasi menghala ke Lembah Klang seperti Bukit Gambir ke Tangkak, Ayer Keroh ke Simpang Ampat dan Pedas Linggi ke Port Dickson,” katanya.
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) serta memastikan rehat mencukupi sebelum memandu.
Maklumat trafik terkini boleh diperoleh menerusi talian bebas tol LLM atau paparan kamera litar tertutup di laman sesawang rasmi agensi berkenaan.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
