Berita Berita
Subsidi meningkat RM3.2 bilion susulan kenaikan harga minyak dunia
KUALA LUMPUR 22 Mac – Subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu susulan kenaikan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu bertujuan melindungi rakyat supaya tidak menanggung harga sebenar pasaran.
Menurutnya, subsidi disalurkan melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel bagi memastikan majoriti rakyat serta peniaga terus mendapat manfaat.
“Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai kesan konflik Asia Barat terhadap harga minyak di Malaysia walaupun negara ini merupakan pengeluar minyak.
Jelasnya, Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang dieksport, sekali gus menjadikan negara turut terdedah kepada turun naik harga global.
Tambah beliau, gangguan di Selat Hormuz yang merupakan laluan utama minyak dunia turut memberi kesan besar kepada bekalan global.
“Apabila laluan ini terjejas, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak. Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz,” katanya.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
