Berita Berita
Pemandu e-hailing disiasat, mekanik maut dalam nahas di SUKE
KUALA LUMPUR 22 Mac - Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh pemandu e-hailing yang memotong secara melulu di Kilometer (KM) 0.3 Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE) semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.56 petang, lelaki tempatan berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan putus tangan kiri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan mendapati pemandu kereta dari arah Kajang memandu laju sebelum memasuki susur menuju Ampang secara melulu.
Menurutnya, pemandu e-hailing berusia 26 tahun itu kemudian memotong kenderaan di hadapan sebelum merempuh motosikal mangsa yang berada di lorong kanan.
“Susulan itu, lelaki terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular rakaman kamera papan pemuka (dashcam) di media sosial yang memaparkan detik motosikal mangsa dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta yang dipandu secara melulu.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
