Berita Berita
Warga Bangladesh ditemui lemas dalam sungai di Ipoh
Warga Bangladesh ditemui lemas dalam sungai di Ipoh
IPOH 23 Mac - Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun ditemui maut di dalam sungai di Laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.35 pagi.
Menurutnya, mangsa ditemukan oleh orang awam dalam keadaan lemas sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh tiba di lokasi.
“Setibanya jentera di tempat kejadian, ketua operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mangsa dipercayai menaiki basikal sebelum terjatuh ke dalam sungai.
“Ketua operasi kemudian melaksanakan penilaian situasi dan mengarahkan anggota turun ke sungai untuk mengangkat mayat menggunakan pengusung dan tali sebelum dibawa naik ke tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diperiksa oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.
“Selepas siasatan dijalankan, anggota membantu mengangkat mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Berita berkaitan
March 23, 2026, 11:28 pm
KKM sahkan kakitangannya merokok di restoran, kompaun dan tindakan tatatertib diambil
March 23, 2026, 5:43 pm
Lelaki maut, lima cedera nahas dua kenderaan berhampiran R&R Puncak Tititwangsa
March 23, 2026, 3:35 pm
‘Jodoh Lebaran’ mendunia, kuasai carta muzik tempatan
March 23, 2026, 3:12 pm
Siap sedia, hampir 3 juta kenderaan dijangka masuk Lembah Klang sehingga malam ini
March 23, 2026, 1:35 pm
Tujuh cedera termasuk kanak-kanak terkena mercun bola di Pendang
March 23, 2026, 1:20 pm
Hari ketiga Syawal, trafik lebuh raya utama sesak, perantau mula pulang ke 'sarang'
March 23, 2026, 12:44 pm
