TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Malaysia, Jepun perkukuh hubungan strategik komprehensif

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 24 Mac - Anwar Ibrahim melahirkan penghargaan terhadap hubungan erat antara Malaysia dan Jepun yang telah terjalin sejak 1957.

Perdana Menteri berkata, hubungan itu kini diperkukuh melalui Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP).

Menurutnya, semasa perbualan telefon dengan rakan sejawat dari Jepun, Sanae Takaichi, kedua-dua pemimpin menyentuh kemajuan kerjasama dalam bidang keutamaan termasuk keamanan dan keselamatan, ekonomi, serta sains, teknologi dan inovasi.

“Saya juga berkongsi pendirian Malaysia berhubung situasi di Timur Tengah, yang menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera, perlindungan orang awam serta penyelesaian konflik melalui dialog dan diplomasi selaras dengan undang-undang antarabangsa,” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Anwar berkata, Malaysia dan Jepun turut bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala serta memainkan peranan konstruktif dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.

+ - reset