Berita Viral
'Siapa buat kerja cincai ni?' - Rider tahan sakit tersungkur tengah jalan gara -gara jalan tidak diselenggara dengan baik di Sungai Merab - UNITEN
Oleh AZIM SAID
SUNGAI MERAB 25 Mac - Seorang penunggang motosikal terhuyung-hayang selepas dipercayai melanggar turapan jalan tidak rata di Sungai Merab, Selangor semalam.
Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan penunggang tersebut akhirnya tersungkur di tengah jalan selepas hilang kawalan beberapa saat.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan, namun tahap kecederaan masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Kejadian itu sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan infrastruktur jalan raya.
Terdapat netizen yang turut menunjukkan rasa kecewa terhadap hasil kerja pihak berwajib yang menurap jalan.
"Macam ni mereka turap jalan berlubang," komen Alan Tan.
Rata-rata netizen meluahkan tindakan untuk mangsa mendapatkan pampasan daripada pihak berwajib.
“Saman PBT, JKR dan ADUN tempat tu, buat kerja tak semengah sampai jalan jadi macam tu,” komen Khairul Amirin.
Terdapat pengguna media sosial, Runner Jengka, yang menunjukkan cara-cara dan dokumen yang diperlukan bagi mendapatkan ganti rugi kerosakan kenderaan.
“Bukti kukuh, ada video cuma kena ikut langkah-langkah ni,” katanya sambil melampirkan senarai semak dokumen di ruangan komen.
Kes ini menjadi peringatan tentang kepentingan penyelenggaraan jalan raya demi keselamatan semua pengguna.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
