Berita Viral
‘Badan dah bau tanah, perangai macam musibat’ - Netizen kecam warga emas tergamak pukul anak kucing sampai mati
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Satu insiden menyayat hati melibatkan seekor anak kucing yang ditemui mati, dipercayai akibat dipukul warga emas.
Menerusi satu hantaran, mangsa mendakwa kucing tersebut bermain di kawasan hadapan rumahnya bersama beberapa ekor kucing lain.
Menurutnya, kucing tersebut juga tidak pernah memasuki kawasan rumah warga emas terbabit.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi memaparkan warga emas memukul anak kucing terbabit menggunakan penyangkut baju besi.
Pemilik hantaran meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap tindakan kejam itu, sambil menyeru agar warga emas terbabit tampil bertanggungjawab.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.
Kes ini mendapat perhatian meluas netizen, dengan ramai menggesa agar tindakan tegas diambil terhadap pelaku.
“Ya Allah, harap ada la orang tolong laporkan, kenapa sampai macam ni,” komen hazwanihelmi.
Untuk rekod, kes penderaan haiwan di Malaysia boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015, memperuntukkan hukuman denda dan penjara kepada individu yang didapati bersalah.
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
