Berita Viral
Tak takut Allah ke? Warganet kecam tindakan lelaki curi duit tabung Masjid Taqwa
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 26 Mac — Seorang lelaki dipercayai bertindak mencuri wang tabung di Masjid Taqwa dalam satu perkongsian di media sosial.
Menurut hantaran tersebut, tindakan lelaki tersebut dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di dalam kawasan masjid.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Rakaman menunjukkan seorang individu lelaki berada berhampiran ruang masuk sebelum bertindak mencurigakan di kawasan tabung derma.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, dengan sebahagian netizen meluahkan rasa kecewa kerana kejadian berlaku di rumah ibadat.
“Kenapa? budaya kita dah tak takut pada Allah SWT,” komen iskandar_kl
Terdapat juga pengguna media sosial, mat jay, yang berpendapat masjid perlu menukar sistem bagi mengelak kecurian seperti ini.
“Tiba masanya masjid hanya menyediakan kod QR sahaja,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai jumlah wang yang hilang dan lokasi sebenar kejadian masih belum disahkan setakat ini.
Pihak berkuasa juga belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan insiden tersebut.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan fitnah, dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
