Berita Berita
Cermin kereta retak disyaki akibat cuaca panas di JB, lelaki tanggung rugi hampir RM3,000
KUALA LUMPUR 29 Mac - Seorang lelaki kerugian hampir RM3,000 selepas cermin belakang keretanya retak, dipercayai berpunca daripada cuaca panas melampau.
Kejadian itu dikongsikan pemilik kenderaan, Abdul Rahman Mohd Jamadi, 29, menerusi video di akaun TikTok miliknya, @amanjamadi.
Abdul Rahman yang juga pengasas sebuah kedai komputer berkata, insiden tersebut berlaku ketika beliau menghadiri mesyuarat berkaitan urusan perniagaannya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
“Ketika itu, saya letak kereta di hadapan kedai sendiri di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.
“Namun, semasa hendak ke mesyuarat berkenaan, saya tengok cermin belakang kereta sudah retak teruk,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Menurutnya, kejadian itu merupakan pengalaman pertama dan beliau tidak menyangka cermin kenderaan boleh mengalami keretakan serius disebabkan faktor cuaca.
“Ada kemungkinan disebabkan ‘thermal shock’. Mungkin kerana saya membuka penyaman udara (dalam kereta), kemudian cuaca panas menyebabkan cermin boleh retak.
“Selepas ini, mungkin perlu membuka tingkap sedikit supaya tidak terlalu panas di dalam kereta,” ujarnya.
Mengulas mengenai kos kerosakan, Abdul Rahman berkata, beliau bernasib baik kerana mempunyai perlindungan insurans untuk cermin kenderaan.
“Alhamdulillah, saya ada mengambil perlindungan insurans cermin. Pada mulanya saya ingat tidak dilindungi, rupanya selepas membaca komen orang ramai, saya dimaklumkan insurans tersebut meliputi cermin hadapan dan belakang kenderaan.
“Jadi, saya tidak perlu menanggung sebarang kos tambahan. Terima kasih kepada orang ramai yang berkongsi maklumat di ruangan komen,” katanya.
Berita berkaitan
March 29, 2026, 4:19 pm
'Yang boleh jadi PM ialah jika semua orang Melayu bersatu' - Tun M
March 29, 2026, 2:57 pm
Lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui rentung dalam ladang di Kulim
March 29, 2026, 12:23 pm
JPJ perkenal garis panduan baharu, benar litar memandu dalam bangunan bertingkat
March 29, 2026, 11:20 am
Cuaca panas: 206 sekolah di Kota Setar, Pendang laksana PdPR tiga hari bermula hari ini
March 28, 2026, 5:43 pm
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
March 28, 2026, 4:03 pm
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 12:45 pm
Ramanan garis pencapaian 100 hari terajui KESUMA, skim lindungi pekerja diperkenal
March 28, 2026, 11:39 am
