Berita Berita
Lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui rentung dalam ladang di Kulim
KULIM 29 Mac – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan rentung di Ladang Anak Kulim, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, kedua-dua suspek berusia 22 dan 68 tahun itu ditahan kira-kira jam 1 pagi hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa ditemukan oleh orang awam sekitar jam 2.25 petang ketika berada di kawasan berbukit berhampiran lokasi kejadian sebelum laporan polis dibuat.
"Siasatan di lokasi kejadian menemukan mayat berkenaan dalam keadaan rentung serta dalam proses pereputan.
"Selain itu, motosikal yang berada berhampiran turut ditemukan rentung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil semakan lanjut mendapati polis berjaya mengesan waris mangsa berdasarkan pengecaman ke atas motosikal yang ditemui di lokasi.
Tambahnya, waris memaklumkan seorang ahli keluarga mereka berusia 77 tahun dilaporkan keluar rumah sejak empat hari lalu dan tidak pulang.
"Pengecaman mangsa setakat ini hanya melalui motosikal yang ditemukan, manakala pengesahan identiti sebenar mangsa dilakukan menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Susulan penemuan mayat itu, pihak polis menahan dua lelaki berusia 22 dan 68 tahun sekitar jam 1 pagi hari ini.
"Kedua-dua suspek direman selama empat hari hingga 1 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kes.
Berita berkaitan
March 29, 2026, 4:19 pm
'Yang boleh jadi PM ialah jika semua orang Melayu bersatu' - Tun M
March 29, 2026, 12:23 pm
JPJ perkenal garis panduan baharu, benar litar memandu dalam bangunan bertingkat
March 29, 2026, 11:20 am
Cuaca panas: 206 sekolah di Kota Setar, Pendang laksana PdPR tiga hari bermula hari ini
March 29, 2026, 10:20 am
Cermin kereta retak disyaki akibat cuaca panas di JB, lelaki tanggung rugi hampir RM3,000
March 28, 2026, 5:43 pm
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
March 28, 2026, 4:03 pm
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 12:45 pm
Ramanan garis pencapaian 100 hari terajui KESUMA, skim lindungi pekerja diperkenal
March 28, 2026, 11:39 am
