Berita Berita
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
KUALA LUMPUR 28 Mac – Khabar angin mengenai dakwaan Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) disahkan tidak benar.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, menafikan perkara itu dengan menyifatkannya sebagai “berita palsu”.
"Berita palsu," katanya ringkas.
Spekulasi berhubung peletakan jawatan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mula tular di media sosial sejak awal hari ini, sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Nurul Izzah, yang juga anak kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dipilih sebagai Timbalan Presiden parti bagi penggal 2025–2028 dalam pemilihan parti tahun lalu.
Dalam pemilihan tersebut, beliau menewaskan penyandang, Rafizi Ramli, dalam pertandingan satu lawan satu dengan memperoleh 9,803 undi berbanding 3,866 undi.
Susulan kekalahan itu, Rafizi yang ketika itu memegang jawatan Menteri Ekonomi telah meletak jawatan.
Berita berkaitan
March 28, 2026, 5:43 pm
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 12:45 pm
Ramanan garis pencapaian 100 hari terajui KESUMA, skim lindungi pekerja diperkenal
March 28, 2026, 11:39 am
Kad kredit, debit asing disekat beli petrol RON95 mulai 1 April Ini
March 28, 2026, 10:43 am
'She said yes' - Syed Saddiq lamar Bella Astillah di Puncak Kinabalu, umum pertunangan
March 28, 2026, 10:06 am
Hampir 1,900 kapal terkandas di Selat Hormuz
March 28, 2026, 9:40 am
Minta wang perlindungan: Dua wakil MPPWP Wangsa Maju diarah letak jawatan
March 27, 2026, 10:17 pm
Video dakwaan MPP minta wang perlindungan, polis sahkan terima tiga laporan
March 27, 2026, 8:36 pm
