Berita Berita
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
TAIPING 28 Mac – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai menjadi mangsa dera dalam kejadian di Taman Sungai Mas, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas mangsa dibawa ke Hospital Taiping dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 12.43 tengah hari.
Menurutnya, pasukan perubatan telah menjalankan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama 30 minit, namun mangsa gagal diselamatkan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.12 petang hari sama.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa.
"Bedah siasat kemudian mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan di bahagian kepala dan leher disebabkan trauma tumpul,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, empat ahli keluarga mangsa termasuk bapa tiri telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, tiga lagi individu yang ditahan ialah ibu serta datuk dan nenek mangsa, masing-masing berusia antara 27 hingga 53 tahun.
"Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula 27 Mac bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.
Berita berkaitan
March 28, 2026, 4:03 pm
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 12:45 pm
Ramanan garis pencapaian 100 hari terajui KESUMA, skim lindungi pekerja diperkenal
March 28, 2026, 11:39 am
Kad kredit, debit asing disekat beli petrol RON95 mulai 1 April Ini
March 28, 2026, 10:43 am
'She said yes' - Syed Saddiq lamar Bella Astillah di Puncak Kinabalu, umum pertunangan
March 28, 2026, 10:06 am
Hampir 1,900 kapal terkandas di Selat Hormuz
March 28, 2026, 9:40 am
Minta wang perlindungan: Dua wakil MPPWP Wangsa Maju diarah letak jawatan
March 27, 2026, 10:17 pm
Video dakwaan MPP minta wang perlindungan, polis sahkan terima tiga laporan
March 27, 2026, 8:36 pm
