Berita Berita
'Yang boleh jadi PM ialah jika semua orang Melayu bersatu' - Tun M
KUALA LUMPUR 29 Mac – Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, mengingatkan bahawa perpecahan politik dan kewujudan terlalu banyak parti boleh menjejaskan peluang kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Menurut beliau, keadaan itu berpotensi menyebabkan tiada parti memperoleh kemenangan jelas sekali gus menyukarkan pelantikan Perdana Menteri, walaupun seseorang pemimpin mendapat sokongan dalam partinya sendiri.
“Oleh itu apa perlunya menjadi ketua parti. Kamu tidak akan jadi PM. Yang boleh jadi PM ialah jika semua orang Melayu bersatu.
“Dan mereka tentukan calon yang mewakili orang Melayu menang. Letak terlalu ramai calon menentukan semua calon kalah. Apa guna jadi ketua parti dan calon PM?” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Beliau turut menegaskan bahawa konsep perpaduan amat penting dalam memastikan kekuatan politik, selaras dengan pepatah Melayu ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.
“Tetapi masih ada pemimpin yang percayai untuk jadi Perdana Menteri, seorang pemimpin hendaklah jadi ketua partinya,” katanya.
Mahathir yang juga pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali itu menekankan bahawa kesatuan dalam kalangan orang Melayu menjadi faktor utama dalam menentukan kejayaan politik dan pembentukan kerajaan.
Berita berkaitan
March 29, 2026, 2:57 pm
Lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui rentung dalam ladang di Kulim
March 29, 2026, 12:23 pm
JPJ perkenal garis panduan baharu, benar litar memandu dalam bangunan bertingkat
March 29, 2026, 11:20 am
Cuaca panas: 206 sekolah di Kota Setar, Pendang laksana PdPR tiga hari bermula hari ini
March 29, 2026, 10:20 am
Cermin kereta retak disyaki akibat cuaca panas di JB, lelaki tanggung rugi hampir RM3,000
March 28, 2026, 5:43 pm
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
March 28, 2026, 4:03 pm
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 12:45 pm
Ramanan garis pencapaian 100 hari terajui KESUMA, skim lindungi pekerja diperkenal
March 28, 2026, 11:39 am
