TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kad kredit, debit asing disekat beli petrol RON95 mulai 1 April Ini

By
|
Kongsi
image

 

 

PUTRAJAYA 28 Mac – Kerajaan akan melaksanakan sekatan penggunaan kad kredit dan debit asing secara berperingkat bagi pembelian petrol RON95 di semua stesen minyak di seluruh negara bermula Rabu depan.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Azman Adam berkata, langkah itu juga mampu mengurangkan beban pekerja stesen minyak daripada perlu memantau pam secara fizikal kerana sistem akan bertindak sebagai penapis automatik.

"Kita sedang mengintegrasikan sistem pam minyak dengan pangkalan data identiti (MyKad) dan sistem perbankan.

"Selepas 1 April ini, sistem secara automatik akan menapis transaksi," katanya kepada Astro AWANI, di sini, pada Jumaat.

Menurut beliau, beberapa stesen minyak kini sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan mekanisme baharu tersebut.

"Sekiranya pengguna ingin membuat pembelian menggunakan kad asing, mereka perlu berbuat demikian di kaunter,” katanya.

Beliau menjelaskan, langkah itu bertujuan memudahkan pemantauan oleh pengusaha stesen minyak serta pihak penguat kuasa, selain memastikan pematuhan terhadap peraturan sedia ada.

Tambahnya, penggunaan kad asing masih dibenarkan, namun hanya terhad kepada transaksi di kaunter dan bukan di pam minyak.

"Pendekatan ini juga akan membantu memperkukuhkan penguatkuasaan serta mengelakkan sebarang penyalahgunaan subsidi RON95," katanya.

 

+ - reset