Berita Berita
Ramanan garis pencapaian 100 hari terajui KESUMA, skim lindungi pekerja diperkenal
KUALA LUMPUR 28 Mac – Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kini berada di peringkat akhir untuk membentangkan cadangan memperkenalkan Skim Pengembara di bawah PERKESO kepada Kabinet, sebagai usaha memperluas perlindungan sosial rakyat.
Menterinya, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, skim terbaharu itu bakal memberikan perlindungan kepada lebih 400,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura.
Selain itu, kementerian turut berada di fasa akhir kajian untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada golongan ibu bersalin, selaras dengan usaha berterusan memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara.
Menurut Ramanan, genap 100 hari beliau menerajui kementerian itu, keutamaan diberikan kepada dasar yang memberi impak langsung kepada rakyat, khususnya dalam aspek perlindungan sosial, pembangunan kemahiran dan kebajikan pekerja.
“Dalam tempoh singkat ini, kita memberi keutamaan kepada inisiatif yang bersifat menyeluruh dan berjangka panjang, bukan sekadar penyelesaian sementara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam sektor pelancongan, KESUMA turut mengambil langkah proaktif dengan menawarkan latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (SITI) secara percuma kepada 10,000 pekerja industri sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pada masa sama, usaha memperkukuh kebajikan bekas anggota keselamatan turut dipergiat apabila PERKESO memeterai memorandum persefahaman bersama PERHEBAT dan Jabatan Hal Ehwal Veteran bagi membangunkan ekosistem sokongan yang lebih bersepadu.
Melalui kerjasama itu, seramai 5,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disasarkan mendapat penempatan pekerjaan menerusi Program LINDUNG Kerjaya MYFutureJobs Wira menjelang 2030.
Mengulas lanjut, Ramanan berkata KESUMA juga memberi penekanan kepada pembangunan bakat menerusi pelaksanaan program Upskilling dan Reskilling di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui ADTEC yang dijangka memberi manfaat kepada 90,000 individu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh menegaskan, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan sepanjang tempoh 100 hari ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan pekerja terus menjadi agenda utama negara.
Berita berkaitan
March 28, 2026, 5:43 pm
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
March 28, 2026, 4:03 pm
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 11:39 am
Kad kredit, debit asing disekat beli petrol RON95 mulai 1 April Ini
March 28, 2026, 10:43 am
'She said yes' - Syed Saddiq lamar Bella Astillah di Puncak Kinabalu, umum pertunangan
March 28, 2026, 10:06 am
Hampir 1,900 kapal terkandas di Selat Hormuz
March 28, 2026, 9:40 am
Minta wang perlindungan: Dua wakil MPPWP Wangsa Maju diarah letak jawatan
March 27, 2026, 10:17 pm
Video dakwaan MPP minta wang perlindungan, polis sahkan terima tiga laporan
March 27, 2026, 8:36 pm
