Berita Berita
Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu mabuk, positif dafah di Klang
KUALA LUMPUR 29 Mac – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi membabitkan sebuah motosikal dan dua kenderaan lain.
"Siasatan awal mendapati sebuah Honda City yang dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an bergerak dari Jalan Raya Barat menuju ke bandar Klang secara melulu dan pada kelajuan tinggi.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal dari arah hadapan," katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata, hasil ujian saringan mendapati suspek positif alkohol dan dadah sebelum ditahan bagi membantu siasatan.
"Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun, didenda antara RM50,000 hingga RM100,000 serta lesen memandu digantung serta-merta.
"Kes ini turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, serta pengawasan antara dua hingga tiga tahun," katanya.
Sehubungan itu, polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan.
Berita berkaitan
March 29, 2026, 4:19 pm
'Yang boleh jadi PM ialah jika semua orang Melayu bersatu' - Tun M
March 29, 2026, 2:57 pm
Lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui rentung dalam ladang di Kulim
March 29, 2026, 12:23 pm
JPJ perkenal garis panduan baharu, benar litar memandu dalam bangunan bertingkat
March 29, 2026, 11:20 am
Cuaca panas: 206 sekolah di Kota Setar, Pendang laksana PdPR tiga hari bermula hari ini
March 29, 2026, 10:20 am
Cermin kereta retak disyaki akibat cuaca panas di JB, lelaki tanggung rugi hampir RM3,000
March 28, 2026, 5:43 pm
Budak 9 tahun maut disyaki didera, empat ahli keluarga direman
March 28, 2026, 4:03 pm
Dakwaan Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR palsu - Fahmi
March 28, 2026, 2:12 pm
Jangan langgar syarak dan adat Melayu, Mufti tegur acara ‘Tidur Lambak’
March 28, 2026, 12:45 pm
