Berita Viral
(VIDEO) Mat rempit memekak, penduduk Sentul hilang sabar!
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 30 Mac – Bukan sahaja mengundang maut pada diri sendiri, tapi turut menyebabkan suasana sekeliling menjadi bingit hingga menimbulkan rasa rasa bengang terhadap penduduk di kawasan Sentul.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH1
Itu yang diluahkan seorang pengguna media sosial yang sempat merakam aktiviti sekumpulan mat rempit yang didakwa semakin berleluasa di Sentul.
Menurutnya, aktiviti tersebut bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, malah membahayakan keselamatan penduduk setempat.
“Saya tak tahu sampai bila nak kena hadap benda ni.
“Nak merempit, carilah jalan raya yang jauh dari kawasan perumahan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Rakaman yang dikongsikan menunjukkan beberapa motosikal dipercayai berkumpul di atas jambatan berhampiran kawasan kediaman pada waktu malam, dengan bunyi enjin yang kuat.
Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Seorang pengguna media sosial, intdenz berkata pelaksanaan undang-undang yang tegas penting bagi menghapus gejala ini.
"Selagi tak laksanakan undang-undang lupuskan motor mat rempit, selagi itulah benda ini wujud," komennya
Penduduk setempat berharap pihak berkuasa, khususnya polis dan agensi berkaitan, dapat meningkatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas bagi membendung aktiviti lumba haram yang semakin berleluasa.
Isu mat rempit bukan sahaja melibatkan gangguan bunyi, tetapi turut dikaitkan dengan risiko kemalangan, kerosakan harta benda dan ancaman kepada keselamatan awam, terutamanya di kawasan berpenduduk padat.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
