Berita Viral
(VIDEO) CCTV dedah suami isteri jadi dalang kes curi parcel di Teluk Panglima Garang!
Oleh AZIM SAID
SHAH ALAM 30 Mac — Penduduk di sekitar Jalan Kebun, Teluk Panglima Garang, Selangor kini berdepan kebimbangan susulan peningkatan kes kecurian parcel yang dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Menurut satu perkongsian tular di media sosial, kejadian terbaru melibatkan pasangan yang menaiki sebuah skuter dipercayai menjalankan aktiviti mencuri parcel di kawasan perumahan ketika penghuni tiada di rumah semalam pada jam 7.56 pagi.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menunjukkan seorang individu turun dari motosikal dan membawa lari bungkusan yang terletak di hadapan rumah.
Perkongsian tersebut turut memaklumkan bahawa kejadian kehilangan parcel bukanlah perkara baharu di kawasan tersebut.
Rakaman itu turut mendapat pelbagai reaksi warganet.
Terdapat pengguna media sosial, sayamadddan yang mendakwa mungkin mereka mengikuti penghantar parcel.
“Kemudian mereka boleh sasar rumah mana yang boleh dicuri,” komennya.
Ada juga komen dari fadhadriana menjelaskan mungkin mereka sudah lama bersiap-sedia.
“Agaknya tunggu berhari-hari kawasan situ, tengok mana yang ada parcel besar,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu bagi mengenal pasti suspek.
Penduduk juga dinasihatkan untuk memastikan barang penghantaran tidak dibiarkan terlalu lama di luar rumah serta mempertimbangkan penggunaan sistem keselamatan tambahan seperti kamera CCTV.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
