TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

(VIDEO) 'Buka kunci macam rumah sendiri' - Warga asing selamba pecah masuk rumah ketika tuan rumah sibuk beraya di Shah Alam

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

SHAH ALAM 31 Mac– Kebimbangan terhadap jenayah melibatkan warga asing kembali memuncak apabila satu kes pecah masuk rumah berjaya dirakam di Shah Alam pada jam 10 malam Ahad lalu.

Kejadian ini dipercayai berlaku di sekitar kawasan Subang Suria ketika penghuni rumah sedang dalam perjalanan pulang selepas beraya.

Menurut perkongsian di media sosial, rumah milik ahli keluarganya telah dipecah masuk warga asing ketika penghuni tiada di rumah.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik menunjukkan warga asing tersebut dipercayai menceroboh melalui bahagian hadapan pintu masuk.

Menurut rakaman tersebut, seorang daripada dua warga asing tersebut berjaya membuka kunci mangga pagar rumah menggunakan kunci pendua.

Mangsa memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat, namun siasatan awal mendapati kekurangan bukti cap jari menyukarkan tindakan lanjut diambil.

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Terdapat pengguna, Nunasyika, yang memberi tips untuk mengunci mangga dari belah dalam.

“Sekurang-kurangnya mereka akan ambil masa untuk pecahkan dan akan buat bunyi bising jugak,”komennya.

Pengawal yang berstatus warga asing juga menyebabkan ketidakpercayaan netizen kepada mereka.

“Pengawal keselamatan pun warga asing, kena bela anjing lah jawabnya depan rumah,” komen farisfoxz.

Ada juga netizen yang terkejut dengan kecepatan warga asing tersebut membuka kunci mangga rumah terbabit.

“Mak ai senangnya dia bukak, macam rumah sendiri jer dia bukak,” komen purpleorkid07

Oleh itu, rang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, memastikan rumah berkunci rapi, serta melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa dengan segera.

Semua penduduk, pihak berkuasa dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing agar keselamatan dapat dipertingkatkan. -  Media Telus

+ - reset