TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anne Ngasri dilantik Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 1 April – Pelakon terkenal, Anne Ngasri dilantik sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur berkuat kuasa mulai 2 Mac lalu.

Pengurusan hotel berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya mengalu-alukan pelantikan tersebut, yang kemudian dikongsikan Anne menerusi media sosial miliknya.

Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri menzahirkan penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur namun saya sedar bahawa amanah ini bukan sesuatu yang ringan.

Selain bergiat dalam bidang seni, Anne yang merupakan isteri kepada Datuk Mohd Sumali Reduan turut memegang jawatan sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia.

+ - reset