Berita Viral
(VIDEO) ‘Soundbox tak bunyi, dia kata dah bayar’ – Helah tipu resit pembayaran hampir perdaya peniaga
Oleh AZIM SAID
JOHOR BAHRU 1 April – Seorang peniaga mendedahkan taktik licik seorang individu yang dipercayai menjalankan penipuan pembayaran menggunakan resit palsu pada jam 1.42 petang semalam.
Menerusi satu hantaran, peniaga tersebut mendakwa suspek menggunakan modus operandi yang sama di beberapa premis.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Individu terbabit dikatakan akan meminta kata laluan WiFi dengan alasan talian internet tidak stabil.
“Lepas dia dapat akses WiFi, dia akan duduk dan buka galeri dalam telefon sebelum mula buat kerja untuk menipu resit pembayaran,” katanya.
Menurutnya, penipuan itu hanya disedari selepas semakan dibuat melalui sistem pembayaran digital yang menunjukkan tiada transaksi sebenar direkodkan.
“Saya guna sistem yang bersambung terus ke iPad, jadi boleh check terus.
“Memang sah tiada bayaran masuk,” jelasnya lagi.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut dikongsikan, memaparkan suspek berada di dalam premis ketika kejadian dipercayai berlaku.
Peniaga tersebut bagaimanapun memaklumkan premisnya terselamat kerana prosedur operasi yang lebih ketat.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata menggesa peniaga lain supaya lebih berwaspada.
“Dapat tangkap tu, lapor polis jer tak boleh dibiarkan orang macam ni,” komen zieyatiesue.
Bagi deeanarif17, kepantasan dalam mengedit resit pembayaran tersebut jelas menunjukkan banyak kedai sudah menjadi mangsa individu tersebut.
“Macam dah biasa buat, laju betul dia edit resit pembayaran tu,” jelasnya.
Seorang pengguna media sosial, akma_raz turut berkongsi pengalaman hampir sama melibatkan taktik berkenaan.
"Dia ni yang datang nak isi minyak kereta RM20, ‘soundbox’ tak bunyi langsung, dia kata dah bayar.
“Aku berkeras cakap takde, tolong jangan terpedaya,” katanya.
Terdapat juga komen dari moisellenoor, mendakwa kedainya terkena modus operandi yang sama.
“Kedai kami Momoyo sebelah pun dah jadi mangsa, katanya baru jer pelanggan tu datang.
“Aduhai memang nak kena buat laporan polis ker apa ni,” katanya.
Orang ramai juga dinasihatkan agar segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan bagi mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa.
Berita berkaitan
April 1, 2026, 12:33 pm
Kejam: kanak-kanak disyaki dera kucing, JPV Terengganu sahkan siasatan sedang dijalankan
March 30, 2026, 4:01 pm
(VIDEO) CCTV dedah suami isteri jadi dalang kes curi parcel di Teluk Panglima Garang!
March 30, 2026, 11:34 am
(VIDEO) Mat rempit memekak, penduduk Sentul hilang sabar!
March 26, 2026, 4:58 pm
Tak takut Allah ke? Warganet kecam tindakan lelaki curi duit tabung Masjid Taqwa
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
