Berita Viral
Netizen kecam wanita selamba biar pintu kereta terbuka tengah jalan, halang aliran trafik
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 7 Mei – Tindakan seorang wanita yang dipercayai keluar dari kenderaan dengan membiarkan pintu kereta terbuka di tengah jalan mengundang kecaman orang ramai selepas rakaman dashcam kejadian itu tular di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik, sebuah kereta Myvi berwarna biru dilihat ‘double park’ sebelum pemandunya keluar meninggalkan pintu kenderaan terbuka sehingga mengganggu laluan pengguna jalan raya lain.
Rakaman tersebut dipercayai berlaku di kawasan bandar yang sibuk, dengan beberapa kenderaan lain turut melalui lokasi kejadian ketika itu.
Perkongsian video berkenaan menerima pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang kemalangan.
Seorang pengguna media sosial, babayega358 mengecam tindakan tersebut yang dilihat tidak memikirkan keselamatan orang lain.
“Pergh, keluar buka pintu macam tu jer, ingat letak kereta tepi padang bola ke,” komennya.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen, kalau.arc meminta orang ramai agar tidak terlalu cepat menghukum tanpa mengetahui keadaan sebenar individu terbabit.
“Daripada jadi rasis dan cepat menghukum, tak ada sesiapa terfikir apa sebenarnya yang dia tengah lalui?
“Dia tak tutup pintu kereta tu. Mungkin dia tengah panik lepas dapat panggilan kecemasan. Mungkin ada benda jadi dekat dia dalam kereta tu. Kita sebenarnya tak tahu cerita penuh pun.
“Cubalah baik sikit sebelum menghukum orang. Soalan aku, dia okay ke?” tulisnya.
Penguna jalan raya diminta peka dengan persekitaran dan mengelakkan perkara yang boleh meningkatkan risiko kemalangan.
Berita berkaitan
June 23, 2026, 7:08 pm
Dua penunggang motosikal 'cium' belakang kereta lepas rakan bergurau tarik kunci?
June 23, 2026, 4:40 pm
Ahlong hantar 'rider' makanan suruh bayar hutang
June 23, 2026, 10:07 am
(VIDEO) Netizen 'kembang tekak' lihat tikus berkeliaran, ambil makanan di restoran di Johor
June 22, 2026, 10:53 am
'Tak sayang nyawa' - Remaja lakukan aksi 'wheelie ekstrem' undang kecaman netizen
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
