Berita Viral
Warga asing 'naik tocang', selamba buka meja makan di kawasan zon sita DBKL
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kegiatan penjaja tanpa lesen yang membuka meja dan menjual barangan di kawasan petak parkir dipercayai kembali berlaku di sekitar ibu kota walaupun kawasan tersebut telah dilabel sebagai “Zon Sita” oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menerusi satu hantaran tular di media sosial, orang awam meluahkan rasa kecewa apabila kawasan parkir awam didakwa digunakan sebagai tapak berniaga sehingga menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan.
“DBKL sudah terang tulis kawasan zon sita. Nampak tak puas-puas warga asing ni buka meja makan di kawasan petak parking kuning untuk kegunaan orang ramai letak kenderaan,” tulis pemilik hantaran itu.
Menurutnya lagi, aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa, namun keadaan didakwa masih berterusan.
“Perkongsian tersebut turut membangkitkan isu keselamatan memandangkan lokasi tersebut berada sangat hampir dengan balai bomba.
Mereka bimbang laluan kecemasan akan terhalang sekiranya berlaku kebakaran.
“Balai bomba dekat sangat-sangat. Jika berlaku kebakaran, bagaimana trak bomba nak lalu jika mereka buka meja hingga makan jalan,” tulisnya.
Tambahnya lagi, peniaga terbabit dipercayai tidak memiliki lesen sah untuk menjalankan aktiviti penjajaan di kawasan parkir tersebut.
“Ini mereka terang-terang tak ada lesen menjaja di parking kuning,” ujarnya.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
