TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Dah buat aduan, tapi tiada tindakan' - Penduduk Kubu Gajah 'rimas' warga asing kumpul sampah hingga ganggu jejas laluan rumah

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

SUNGAI BULOH 7 Mei – Penduduk di kawasan Kubu Gajah, di sini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap aktiviti sekumpulan warga asing yang didakwa mengumpul sampah kitar semula sehingga menyebabkan laluan keluar masuk rumah menjadi semakin sempit.

Isu itu tular selepas seorang penduduk memuat naik keadaan lorong kawasan perumahan yang dipenuhi timbunan kotak serta barangan terpakai di media sosial.

Menurut pengadu, masalah berkenaan telah beberapa kali dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan namun masih belum menerima tindakan sewajarnya.

“Dah lapor kat MBSA bukan sekali tapi tiga kali, tapi masih tiada tindakan.

“Laluan makin lama makin sempit disebabkan kotak-kotak yang dikutip untuk dijual,” katanya.

Pengadu turut mendakwa individu terlibat merupakan warga asing yang tinggal di kawasan tersebut dan aktiviti mereka dikatakan semakin berleluasa sehingga menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk.

Dalam perkembangan terbaharu, penduduk memaklumkan laporan rasmi telah dibuat dan ketua kampung turut memanjangkan perkara itu kepada ADUN kawasan berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Laporan dah buat dan ketua kampung dah sampaikan masalah ni kat ADUN 23.

“Sekarang kita tengok ada kemajuan ataupun tidak,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, amzar_mohammed, mencadangkan supaya aduan dibuat menerusi platform rasmi kerajaan bagi memastikan tindakan dapat dipantau.

“Jangan lapor terus kat MBSA. Lapor melalui Sispaa. Putrajaya akan monitor prestasi dan tindakan MBSA,” katanya.

Seorang lagi netizen, osedapdotcom, pula berpendapat isu seperti itu sering tidak diberi perhatian serius oleh penguatkuasa.

“Penguatkuasa memang takkan pandang kes-kes macam ni kak, sedih,” tulisnya.

Turut menarik perhatian ialah komen daripada pengguna media sosial, mek_nolie, yang berkongsi pengalaman hampir sama di kawasan tempat tinggalnya.

“Dah namanya pendatang asing aje gitu jer lah perangainya, kat kawasan rumah aku ada gak spesies gini,” komennya.

Pihak berkuasa tempatan diharap dapat segera menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan, kebersihan dan keselesaan penduduk di kawasan berkenaan terus terjamin.

+ - reset