Berita Viral
'Penat hadap tiap malam' - Penduduk Bukit Antarabangsa bimbang masalah babi hutan semakin serius, desak PBT 'buat kerja'
Oleh AZIM SAID
AMPANG 18 Mei - Penduduk di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa mendakwa terpaksa berdepan kehadiran kumpulan babi hutan hampir setiap malam sehingga memaksa mereka menyimpan tong sampah di dalam kawasan rumah bagi mengelakkan serangan haiwan liar itu.
Satu perkongsian tular di media sosial memaparkan sekumpulan babi hutan bersama anak-anaknya melintas jalan di kawasan perumahan berhampiran Tadika Sri Krista pada waktu malam.
Kejadian itu didakwa semakin kerap berlaku sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Menurut perkongsian tersebut, jika tong sampah diletakkan di luar, ia hampir pasti akan diselongkar haiwan berkenaan dan penduduk terpaksa membersihkan sisa sampah pada keesokan hari.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen menyentuh isu kehilangan habitat hidupan liar akibat pembangunan.
Seorang pengguna, bunga_aleyaa meluahkan rasa simpati terhadap haiwan tersebut serta mengaitkannya dengan kehilangan habitat.
“Keciknya anak-anak dia, dah pergi ambik habitat mereka kena la kongsi kawasan sama-sama.
Seorang lagi netizen, exter2010 menyeru orang ramai supaya lebih berbelas kasihan terhadap nasib haiwan liar.
“Harap ada belas kasihan, banyak haiwan sedang menderita kerana mereka tidak lagi mempunyai rumah akibat pembangunan.”
Dalam masa sama, ada pengguna, aunty_ahmi berpendapat haiwan tersebut keluar ke kawasan perumahan demi kelangsungan hidup.
“Mereka terpaksa keluar dari kawasan hanya demi bertahan hidup, kalau ada makanan mereka di hutan tu tak mungkin mereka keluar.”
Kejadian kehadiran babi hutan di kawasan perumahan bukan perkara baharu di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, namun penduduk berharap pihak berkuasa dapat mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi keselamatan manusia serta kebajikan hidupan liar.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 10:07 am
Tular peniaga guna air liur untuk pisahkan pelapik makanan
July 30, 2026, 7:00 pm
Penumpang e-hailing hina islam, dakwa al-Quran ajar benda tak bagus
July 30, 2026, 11:47 am
Panik ketika keluar simpang, rider kemalangan selepas dikejar anjing liar
July 30, 2026, 10:25 am
Tular isi botol kicap ada bangkai cicak
July 29, 2026, 3:46 pm
Wanita China buat kecoh kumur, ludah air dalam LRT
July 29, 2026, 11:25 am
'Ingat anak nak ambil barang', wanita terkejut lelaki warga asing selamba buka bonet kereta
July 28, 2026, 12:04 pm
Hilang lepas sekolah tamat, kelurga mohon bantuan cari Gwen Mia
July 28, 2026, 10:32 am
