TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Netizen 'kembang tekak' restoran letak bekas ayam goreng atas tong sampah hitam di Cheras

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

KUALA LUMPUR 6 Mei – Sebuah premis makanan di Cheras menjadi perhatian ramai selepas tular video menunjukkan makanan diletakkan di atas tong sampah di kawasan dapur.

Perkongsian tersebut dimuat naik pengguna media sosial yang mendakwa kejadian berlaku ketika sedang makan tengah hari di restoran berkenaan.

Gambar yang dikongsikan memaparkan dulang berisi makanan diletakkan di atas tong sampah berhampiran tempat memasak.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dan menimbulkan kebimbangan terhadap tahap kebersihan premis.

Seorang netizen meluahkan rasa jijik terhadap situasi tersebut.

“Eiiiii nak muntah tengok. Letak makanan atas tong sampah,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna mencadangkan supaya aduan rasmi dibuat melalui saluran kerajaan.

“Buat aduan di SISPAA, isi maklumat yang diberi dan bukti gambar.

“Selang dua hari akan ada pihak Pejabat kesihatan Daerah (PKD) telefon untuk dapatkan  pengesahan, tak lama lepas tu kedai pun akan ditutup,” komennya

Dalam masa sama, ada juga yang melahirkan kebimbangan memandangkan restoran tersebut sering menjadi tumpuan pekerja pejabat.

“Kedai mamak ni tengah hari ramai kut orang pejabat makan.

“Memang penuh dengan orang pejabat je. Aduhai, pengotor tahap apa ni, Ya Allah,” ujarnya.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak pengurusan premis.

Orang ramai berharap siasatan segera dijalankan bagi memastikan tahap kebersihan premis makanan sentiasa mematuhi piawaian kesihatan demi keselamatan pengguna.

+ - reset