TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Dah jerit pun tak jalan' - Geng curi kabel 'buat kerja' depan penduduk di Semenyih

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

SEMENYIH 20 MEI - Tular satu rakaman memaparkan sekumpulan individu dipercayai mencuri kabel di sekitar Semenyih pada waktu subuh, sehingga mengundang kemarahan penduduk setempat.

Menerusi perkongsian di media sosial, kejadian itu didakwa berlaku awal pagi tadi apabila suspek dilihat menarik kabel di tepi jalan sebelum orang awam menjerit meminta mereka berhenti.

Menurut pemilik hantaran tersebut, tindakan penduduk yang menjerit dan menyuluh menggunakan lampu suluh bagaimanapun langsung tidak diendahkan suspek sementara menunggu pihak polis tiba di lokasi.

Rakaman berkenaan turut memaparkan beberapa individu berada berhampiran sebuah kenderaan dipercayai digunakan untuk menarik kabel tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap tindakan kumpulan terbabit yang disifatkan semakin berani melakukan jenayah secara terbuka.

Seorang pengguna media sosial, aussieOx berkata, bila takde kemahiran nak curi benda besar, kabel jugak lah dicari sebab senang.

“Betul-betul memalukan jadi lelaki macam ni.”

Seorang lagi pengguna, KleekOutdoor pula mendakwa kenderaan yang digunakan mungkin disewa dan boleh menyebabkan pemilik sebenar menerima tempias.

“Modal sewa kereta. Lepas tu nanti tak pasal-pasal owner kereta sewa kena,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengguna Handy menyifatkan kegiatan tersebut sebagai ancaman serius serta menggesa tindakan turut dikenakan terhadap pembeli kabel.

“Mereka ni penjenayah berbahaya. Buat kerja takde nak sorok-sorok dah. Mudah sahaja.

Kedai besi buruk yang beli pun mesti diambil tindakan,” katanya.

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada tangkapan telah dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Namun orang ramai berharap pihak berkuasa dapat segera mengambil tindakan tegas bagi membendung kegiatan curi kabel yang semakin berani dan meresahkan penduduk.

+ - reset